ORIGAMI BURUNG
Wednesday, 16 November 2011
Tuesday, 15 November 2011
Monday, 14 November 2011
Origami
Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan
kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti
dan halus pada pandangan. Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai
bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105
A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun. Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan
kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami
yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.
Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke
Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami
Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku
Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun
semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan
kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.
Wikipedia
Tuesday, 8 November 2011
Matlamat PSV
Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum
berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)











