Friday 17 May 2013

Hunting for mini Bonsai
Tempat ni area Bangsar, kawasan rumah2 banglo juta2 punya harga... semua rumah2 kat sini dikelilingi tembok2, selalunya byk pokok ficus liar & bodhi yang tumbuh meliar... setiap hari Jumaat aku akan jalan kaki area ni utk pergi solat Jumaat... kalau nasib baik dpt la mini ficus atau bodhi... 

mini ficus yang aku dapat minggu lepas.... dah masuk pasu... 

 LOA daun besar, yg daun kecil pun ada, tapi pokoknya dah sama tinggi ngan banglo... :)

Yang ni dah hampir 3 tahun aku dok tengok... tapi malas nak ambik, coz xde idea nak buat apa....


 Bodhi ni memang lawa, tapi minggu ni aku tengok dah xde, sama ada orang dah rembat atau Majlis Perbandaran dah tebas... sayang... lawa tu.. origanal design by nature..

 Loa... 

Hasil buruan hari ni...  

jambu batu cascade style... 

Monday 2 January 2012

Contoh RPH PSV (ringkas)


CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN :
PENDIDIKAN SENI VISUAL – Dunia Seni Visual (Tahun 1)

Mata Pelajaran dan Kelas
Dunia Seni Visual (1 Cerdas)
Bidang
Menggambar : Lukisan
Tema dan Tajuk
Alam Benda : Rumah
Masa
60 minit
Standard Pembelajaran
1.1  Persepsi Estetik
       1.1.1 Unsur Seni
                1.1.1.1, 1.1.1.2, 1.1.1.3
       1.1.2  Prinsip Rekaan
                1.1.2.1
1.2  Aplikasi Seni
       1.2.1  Media
1.3  Ekspresi Kreatif
       1.3.1, 1.3.2
1.4  Apresiasi Seni
       1.4.1, 1.4.2, 1.4.3    
Objektif  Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
1.     Memahami dan menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam lukisan.
2.     Menghasilkan lukisan yang baik dan menarik menggunakan media yang betul.
3.     Membuat apresiasi berpandukan bahasa seni visual yang telah dipelajari.
Aktiviti P&P
1.     Murid membuat penerokaan jenis-jenis garisan menggunakan media yang ditetapkan.
2.     Murid menghasilkan lukisan menggunakan garisan selari dan melengkung.
3.     Murid mempamerkan karya seni yang dihasilkan dan menceritakan pengalaman mereka ketika melakukan aktiviti.
EMK
Kreativiti, keusahawanan, nilai murni
Bahan Bantu Mengajar
1.     Contoh :  garisan, rupa, lukisan (garisan), dan gambar rumah
2.     Media   : Kertas lukisan, pensel warna, pensel HB, dan pensel 2B
Penilaian P&P
1.     Proses kerja semasa membuat penerokaan dan penghasilan lukisan
Refleksi
Pada akhir pembelajaran:
1.      40 daripada 45 orang murid dapat mengenal dan menggunakan bahasa seni visual dalam lukisan yang dihasilkan dengan menggunakan media yang ditetapkan.
2.     40 daripada 45 orang murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual yang dipelajari.
3.     Bagi murid yang tidak mencapai objektif, bimbingan khas akan diberi dalam sesi pembelajaran yang akan datang.